KPOP CRAZE

Wednesday, November 5, 2008

teman sejati


ERTI SEBUAH PENGORBANAN BUAT INSAN YG DISAYANGI……..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya
mencintai sifatnya yang
semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat
yang
muncul dihati saya
ketika bersandar di bahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam
masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih…lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu
yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat
romantis seperti seorang
anak
kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah
dan
ibunya. Tetapi, semua
itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya
harapkan.
Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya
dalam
menciptakan suasana
yang
romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan
semua harapan saya
terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya
inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di
depan
komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki
yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh
saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran Siti?" Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan
perlahan. "Siti ada 1
soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam
hati
Siti, Siti akan
mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik
yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika
Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang
Abang akan lakukan
untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya
esok." Hati saya terus gundah mendengar
responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan
saya
menemui selembar
kertas dengan coretan tangannya > di bawah sebiji
gelas yang berisi
susu
hangat yang bertuliskan…

Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah
pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu
mengusik program di dalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang
harus memberikan
jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk
memperbaiki
program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh
menendang
pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang
Siti kunjungi, Abang
harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot
kedai yang lain
mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman
baik’ Siti datang
setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang
untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan
menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan
sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan
lidah
Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan
itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata
Abang agar ketika kita
tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan
kukumu
dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya
wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga
itu untuk mati.
Kerana,
Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir
menangisi kematian
Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh
mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak
akan
menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat
membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus
membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan
Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap
inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang
sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak
puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk
mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan
menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang
terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan
melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang
susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat
kita merasa cinta itu

telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana

kita merasa dia tidak
dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang
kita
inginkan, maka cinta
itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak
pernah kita bayangkan

Align Centersebelum ini.
Buat renungan kita bersama……

No comments:

Post a Comment