KPOP CRAZE

Wednesday, December 9, 2009

LOVE-unready or scare?




cinta...
bila bercakap tentang cinta, aku bersemangat...
bila org minta nasihat cinta, aku bagi buah fikiran aku...
bila org luah masalah cinta mereka terhadapku, aku setia mendengarnya...
bila aku lihat org sekeliling aku bercinta, aku tumpang gembira...
walaupun perasaan iri hati wujud jauh di lubuk hatiku, ianya xpernah menjejaskan prinsipku untuk memegang status 'single' sehinggalah tiba masa untuk aku berkahwin.

prinsip ke?
"cinta selepas kahwin", itu yang aku pegang selama ni...
dan aku harap ianya kekal sampai bila-bila...
bukanlah aku ni berfikiran kolot...
cuma bagi aku, ini lebih menarik dan bebas untuk melakukan apa saja...
wahai kawan-kawanku, hatiku bukanlah hati batu...
cuma, aku ada prinsip yang mahu aku ikut...

sebenarnya...
aku kurang bersetuju dengan cara kawan-kawanku bercinta...
janganlah kamu semua salah sangka...
aku pun bukanlah alim sangat...
tapi, bercinta pun mestilah ada batas-batasnya yang perlu dipatuhi...
pasangan kita itu bukanlah muhrim kita...
berpegang tangan pun sudah berdosa, inikan pula jika lebih lagi...

tiba-tiba terlintas di benakku
seseorang pernah bertanya kepadaku...
"kau sebenarnya pegang pada prinsip kau atau sebenarnya kau takut?"
ya, memang aku berpegang pada prinsip aku!
dan ya juga, aku sebenarnya takut untuk bercinta...!
seumur hidupku, aku tak pernah sekelumit pun percaya pada kaum Adam!
walaupun aku selalu menasihati kawan-kawanku bahawa bukan semua lelaki jahat
tapi aku sendiri tak pernah percaya lelaki
kenapa?
sebab aku membesar dengan lelaki-lelaki yang teruk yang suka mempermainkan wanita
oleh itu, aku menjadi takut untuk bercinta...
takut jika aku dipermainkan...
takut jika aku diduakan...
takut jika aku ditinggalkan...
takut jika aku dikhianati...
kerana...
aku benci jika aku dipermainkan!
aku benci jika aku diduakan!
aku benci jika aku ditinggalkan!
aku benci jika aku dikhianati!

aku tahu...
pengalaman mengajar kita erti kedewasaan...
erti ketabahan...
tapi aku yakin tanpa cinta, aku juga mampu bahagia...
bahagia dengan cara aku sendiri...
=)

dah2!!cukup dgn jiwang2 nih...haish...ala aku dh rancang dh...kalau aku smpat kawen pon, aku buat kontrak dulu...kalu dtakdirkan aku divorce, semua harta sepencarian jd hak aku...hahahahaha...b4 kawen, aku akn pastikan dlm akaun aku cukup utk tanggung aku.dh ade rumah n kete aku sdiri..ada kerjaya yg bagus...lengkap semua ni bru aku nk pk psl kawen...hahaha. kalau xde jodoh smpai tua pon, aku leh amik ank angkat pe...xpon aku pegi la spend masa ngan ank2 kengkawan aku...diorang sume msti dh kawen kan....hahaha!

(^_^)y
~CHOW!~

No comments:

Post a Comment